Bukan rupa atau bakat dicari: Anding Indrawani

Penyanyi, pelakon, Anding Indrawani
Penyanyi, pelakon, Anding Indrawani
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Anding Indrawani, tampil bersuara, industri hiburan hari ini bukan sekadar mencari bakat ataupun rupa sebaliknya kriteria lain juga menjadi keutamaan penerbit.

"Maaf... berbeza dengan saya. Pada hari ini bukan bakat ataupun rupa yang penerbit mahukan.

"Kriteria-kriteria dicari yang pertama, jumlah pengikut di media sosial. Kedua, faktor kontroversi dan ketiga kaki kipas (biarpun tidak semua).

"Selain itu adalah kroni. Sebab hal ini jugalah anda asyik melihat muka yang sama sahaja bekerja," tulisnya di Instargam.

Coretan di Insta Story Anding
Coretan di Insta Story Anding

Tambah Anding, 35, ada juga mereka yang mempunyai rupa paras seiring bakat yang bagus namun tidak berjaya.

Artikel Berkaitan:

Coretan di Insta Story Anding
Coretan di Insta Story Anding

"Mesej utama saya di sini, ada orang cakap tentang bakat dan ada pula bercakap fasal rupa.

"Lebih 15 tahun berada dalam industri ini, kedua-duanya saya tak nampak.

"Ya, kita nampak mereka yang kurang menarik berusaha meletakkan diri dalam kategori A-List. Dan ada juga di kalangan mereka yang tiada bakat tetapi berjaya masuk ke A-list.

"Seperti seorang yang tak tahu dia berada di dalam kategori mana bagaimana pula? Yang ibarat bukan di sini dan di sana. Tersepit nak masuk list mana?," coret Anding.