JPJ, SPRM siasat segera dakwaan video lesen 'gerenti lulus'

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat siasatan segera dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pempengaruh media sosial bernama Azrul Affandi Sobry mengenai 'Lesen Terbang'.

JPJ dalam satu kenyataan menyatakan, perkara itu dipandang serius dan individu berkenaan akan dipanggil bagi mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerja JPJ sekiranya benar yang diuar-uarkan oleh saudara Azrul Affandi Sobry di mana anggota penguatkuasa JPJ terlibat dalam aktiviti menjual lesen terbang,” menurut JPJ dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Kenyataan JPJ itu menyatakan, sehingga kini beberapa siri siasatan SPRM telah dijalankan contohnya pada tahun 2018.

Menerusi hantaran di media sosial, Azrul Affandi mendakwa, terdapat pegawai JPJ yang terlibat secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu. - Bernama

Artikel Berkaitan: