Manusia pertama terbang ke dalam kawah gunung berapi

Sebastian Alvarez menggunakan sut sayap terbang untuk memasuki sedikit kawah Gunung Berapi Villarrica di Chile baru-baru ini. - Foto Red Bull
Sebastian Alvarez menggunakan sut sayap terbang untuk memasuki sedikit kawah Gunung Berapi Villarrica di Chile baru-baru ini. - Foto Red Bull
A
A
A

SANTIAGO - Seorang lelaki yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Chile, Sebastian Alvarez mencipta sejarah buat dirinya apabila dia menjadi manusia pertama yang terbang ke dalam kawah sebuah gunung berapi di negara itu baru-baru ini.

Alvarez, 36, melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sut sayap terbang dari Gunung Berapi Villarrica yang mempunyai kawah selebar lebih 198 meter.

Dia terjun dari sebuah helikopter yang terbang pada ketinggian lebih 3,300 meter sebelum terbang dan memasuki kawah Gunung Berapi Villarrica itu yang setinggi lebih 2,800 meter dan terletak kira-kira lebih 700 kilometer dari Santiago.

Ketika melakukan perbuatan tersebut, dia dilaporkan bergerak selaju lebih 150 kilometer sejam dengan menggunakan sut sayap tersebut.

Alvarez terbang dengan memasuki sedikit ke dalam kawah yang masih mengeluarkan wap sebelum keluar semula.

Dia kemudian menggunakan payung terjun untuk mendarat semula ke permukaan daratan.

Alvarez ketika mengulas aksi negeri itu berkata, dia melakukan perbuatan tersebut untuk satu projek dan memang menjadi hasratnya untuk terbang melalui sebuah gunung berapi yang aktif.

Dia sebelum ini terkenal kerana melakukan beberapa aksi lagak ngeri seperti terjun dari Mount Blanc di Banjaran Alps dengan menggunakan sut sayap terbang. - Agensi

Artikel Berkaitan: