Salah bantu Liverpool menang bergaya di Everton

Mohamed Salah antara pencetak gol untuk Liverpool ketika berdepan Everton di Goodison Park.
Mohamed Salah antara pencetak gol untuk Liverpool ketika berdepan Everton di Goodison Park.
A
A
A

MOHAMED Salah menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool membelasah Everton 4-1 dalam derbi Merseyside di Goodison Park untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Anak buah Jurgen Kloop terlebih dulu di depan hasil penyudah daripada Jordan Henderson untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit kesembilan.

Handerson sekali lagi menjadi pencetus kepada gol kedua pelawat apabila hantaran kepada Salah disudahkan pemain Mesir itu pada minit ke-19' untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Everton yang tidak mengalah kembali merapatkan jurang tujuh minit sebelum rehat menerusi Demarai Gray, selepas mendapat bantuan gol daripada pemain Brazil, Richarlison.

Biarpun begitu hasrat Everton untuk memberikan tekanan kepada Liverpool tidak kesampaian apabila Salah sekali lagi meletakkan pelawat di depan hasil jaringan minit ke-64'.

Diogo Jota kemudian melengkapkan kemenangan cemerlang apabila penyerang Portugal itu berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum menewaskan Jordan Pickford pada minit ke-79.

Tiga mata menyaksikan Liverpool berada di tempat ketiga dengan 31 mata, satu mata di belakang Manchester City dan dua di belakang pendahulu Chelsea.

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

Everton 1-4 Liverpool

Henderson 9'

Salah (19', 64')

Gray (38')

Diogo Jota (79')

Aston Villa 1-2 Manchester City

Rúben Dias (27')

Bernardo Silva (43')

Watkins (47')

Watford 1-2 Chelsea

Mount (29')

Dennis (43')

Ziyech (72'

Southampton 2-2 Leicester City

Bednarek (3')

Evans (22')

Adams (34')

Maddison (49')

West Ham 1-1 Brighton

Soucek (5')

Maupay (89')

Wolves 0-0 Burnley