Derbi Milan, Inter unik

Kaka ketika menyarung jersi Milan berdepan Inter dalam aksi Liga Juara-Juara suatu masa dulu. - Foto Agensi
Kaka ketika menyarung jersi Milan berdepan Inter dalam aksi Liga Juara-Juara suatu masa dulu. - Foto Agensi
A
A
A

BEKAS pemain AC Milan, Kaka menyifatkan derbi Milan menentang Inter Milan sebagai perlawanan berintensiti tinggi yang unik menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Malah bekas pemain Brazil itu berkata, pertemuan kedua-dua jagoan Serie A dan kelab Itali paling berjaya di pentas Eropah itu sesuatu yang penting buat penduduk bandar Milan.

“Derbi AC Milan dan Inter Milan adalah perlawanan yang unik. Ke mana sahaja anda pergi orang bercakap tentang derbi.

“Milanisti memberitahu anda untuk menang, Interisti memberitahu anda untuk tidak bermain helah. Ia perlawanan yang boleh mengubah musim,” katanya.

Sebagai rekod, perlawanan yang menyaksikan Milan akan menjadi tuan rumah kepada Inter juga merupakan Derbi Euro yang kali terakhir disaksikan sejak 2003.

Kedua-dua kelab tampil di fasa empat terbaik dengan motivasi terbaik selepas meraih kemenangan penting menentang pasukan Rom pada hujung minggu lalu.

Milan menewaskan Lazio 2-0, manakala Inter menewaskan Roma juga dengan jaringan sama.

Sementara itu, Kaka mengakui perlawanan dua jiran tetangga di Stadium San Siro tersebut mengimbau semula memori gol pertamanya ketika menentang Nerazzurri

Jelasnya, pertama kali pertama dia menjaringkan gol untuk Milan menentang Inter, penyokong-penyokong terus bertindak balas dari tempat penonton.

“Sangat menggembirakan untuk mengingati gol pertama saya dalam perlawanan derbi.

“Ia kekal dalam fikiran saya selama-lamanya, saya ingat gol, kegembiraan dan peminat turun ke arah saya.

“Saya tidak pernah bermimpi yang penampilan pertama saya dengan jersi Milan merupakan perlawanan derbi,” katanya.

LIGA JUARA-JUARA

Separuh Akhir Pertama

RABU (10 MEI)

Real Madrid lwn Manchester City, 3 pagi

KHAMIS (11 MEI)

AC Milan lwn Inter Milan, 3 pagi