X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Cicak betina miliki dua kepala, tiga mata

Seekor cicak mempunyai dua kepala dan tiga mata dipulihara di Taman Reptilia Australia, utara Sydney. - Foto YouTube/Australian Reptile Park
A
A

SYDNEY - Seekor cicak betina yang mempunyai dua kepala menjadi tumpuan ramai selepas seorang pemilik akaun Instagram berkongsi video tentang keistimewaan yang ada pada reptilia itu baru-baru ini.

Video cicak itu juga mempunyai tiga mata dan lidah berwarna biru dikongsikan oleh seorang pengasas Zoo Reptilia di California, Amerika Syarikat (AS), Jaya Brewer yang mempunyai lebih lima juta pengikut di akaun Instagramnya.

Pada mulanya, cicak itu yang bernama Lucky ditemui oleh seorang awam dan menghantarnya ke Taman Reptilia Australia di utara Sydney untuk dipulihara pada tahun 2019.

Ramai pengikut Brewer di Instagram menyatakan rasa kagum mereka dan seolah-olah tidak percaya apabila melihat video tersebut sehingga ia mendapat puluhan ribu tanda suka atau 'like' di rangkaian perkongsian video dan gambar tersebut.

Mata ketiga cicak itu terletak di tengah-tengah kepala haiwan itu.

Haiwan yang mempunyai kecacatan seperti cicak tersebut pada kebiasaannya tidak mempunyai umur yang panjang kerana ia mengalami kesukaran untuk mengelak daripada menjadi mangsa binatang lain.

Bagaimanapun, haiwan berkepala dua telah wujud sejak berabad-abad lalu dengan binatang reptilia lebih banyak mempunyai dua kepala.

Cicak yang mempunyai lidah berwaran biru pula banyak terdapat di Australia dan ia boleh ditemui di kawasan belukar negara tersebut. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!