Bunuh CEO Cradle Fund: Saya tak buat - Samirah

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM- "Tak bersalah, saya tak buat," kata balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle fund Sdn Bhd, Samirah Muzzafar yang didakwa membunuh suaminya, Nazrin Hassan, Jun lalu.

Samirah, 44, yang berada di kandang pesalah berkata demikian selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Dua kanak-kanak masing-masing berusia 13 dan 16 tahun yang berada di luar kandang pesalah juga mengangguk faham terhadap pertuduhan dan mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap kesemua tertuduh.

Samirah selaku orang kena tuduh (OKT) pertama dan dua kanak-kanak tersebut masing-masing OKT kedua dan ketiga dan seorang lagi masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa telah mencapai niat bersama- sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Nazrin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak didakwa bunuh CEO Cradle Fund

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, dekat sini, jam 11.30 malam pada 13 Jun dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: