X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

CIMB catat kerugian bersih RM100.6 juta pada suku ketiga

A
A

CIMB Group Holdings Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM100.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, berbanding keuntungan bersih RM194.44 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot kepada RM4.39 bilion daripada RM4.41 bilion sebelumnya.

“Pendapatan operasi bagi suku ketiga tahun kewangan 2021 turun 0.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas terutamanya disebabkan oleh pendapatan bukan faedah yang rendah kerana prestasi tahun kewangan 2020 yang lebih kukuh disebabkan oleh pemulihan dalam aktiviti perdagangan dan pertukaran mata wang asing serta pengurusan harta,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pendapatan bukan faedah yang rendah adalah disebabkan persekitaran perdagangan yang lemah dan aktiviti ekonomi yang terhad.

“Suku ketiga tahun kewangan 2021 juga menyaksikan rosot nilai aset tidak ketara CIMB Thai berjumlah RM1.22 bilion,” katanya.

Beliau berkata, rosot nilai tersebut tidak mempunyai kesan terhadap kedudukan modal dan mudah tunai CIMB dan akan membantu mengoptimumkan pulangan pelaburan masa depan yang akan memanfaatkan pemegang saham.

“Kami kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran prestasi tahun kewangan 2021, yang mencerminkan pemulihan pertumbuhan pinjaman kami, tumpuan pada kos yang lebih ketat, peruntukan yang lebih rendah serta tarikan positif daripada inisiatif di bawah pelan strategik Forward23+ kami,” katanya.

Sementara itu, katanya, perniagaan digital CIMB terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dengan pengguna berdaftar Touch ‘n Go Digital meningkat kepada 16.4 juta, pertambahan 300,000 pengguna pada suku ketiga tahun kewangan 2021 sahaja. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!