AMD A juara sulung Piala Pra-U 2021

Para pemain AMD A meraikan kejayaan menjuarai edisi sulung Piala Pra-U 2021 selepas menewaskan MUFT dalam perlawanan akhir di Gambang.
Para pemain AMD A meraikan kejayaan menjuarai edisi sulung Piala Pra-U 2021 selepas menewaskan MUFT dalam perlawanan akhir di Gambang.
A
A
A

[DIKEMASKINI] AKADEMI Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) A muncul juara edisi sulung kejuaraan Piala Pra-U 2021 selepas membelasah Pasukan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFT) 5-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Mini AMD, Gambang pada Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan AMD A yang berstatus pilihan kejuaraan tersebut membawa pulang piala pusingan, piala iringan beserta RM10,000 manakala MUFT yang berstatus naib juara pula membawa pulang RM8,000.

Sementara itu, AMD B pula meraih kedudukan ketiga selepas menewaskan Akademi Bola Sepak FELDA (ABSF) 2-0, membawa pulang hadiah RM6,000 manakala lawan mereka mendapat RM4,000.

Anugerah penjaring terbanyak kejuaraan pula menjadi milik penyerang AMD A, Abdul Rahman Daud yang meledak 10 gol manakala tonggak AMD A, Adam Farhan Faizal dipilih pemain paling bernilai edisi kali ini.

MUFT naib juara edisi sulung Piala Pra-U 2021.
MUFT naib juara edisi sulung Piala Pra-U 2021.

Edisi pertama anjuran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan usaha proaktif kementerian mengetengahkan bakat dalam kalangan pemain belia khususnya di akademi bola sepak terpilih dan juga sekolah sukan ke peringkat lebih tinggi di samping peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar KPT, Datuk Shaharuddin Abu Sohot ditemani Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias dan Pengarah Projek Pertandingan, Dr Pekan Ramli.

Artikel Berkaitan: