X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Set bajet barangan basah jadi tumpuan

Set murah dan berbaloi dapat membantu orang ramai yang kurang berkemampuan.
A
A

PENDANG - Sebuah pasar mini di Kampung Air Puteh Dalam di sini menjadi tumpuan penduduk setempat selepas menawarkan set bajet barangan basah pada harga murah dan berbaloi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati set barangan basah tersebut yang terdiri daripada ikan, daging dan sayur-sayuran dijual bermula pada harga RM10 sehingga RM50.

Pemilik Pasar Mini Selebat Zuhur, Mohd Azneel Abu Bakar,26 berkata, dia mula menawarkan jualan secara set kira- kira dua minggu lalu dan tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Katanya, dia hanya mengiklankan jualan di Facebook sebelum hantaran itu mulai tular dan dikongsi ramai pelayar termasuk dari luar Kedah.

" Ia mula dikongsi oleh seorang sahabat Facebook saya sebelum ia mulai tular, saya pun tidak sangka akan mendapat sambutan sebegini," katanya ​ketika ditemui di sini pada Selasa.

Menurutnya, jualan itu untuk memudahkan pelanggan membeli keperluan harian dalam satu harga selain membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

"Ikan atau sayur yang kita tawarkan dalam set bergantung kepada stok barang yang ada, tetapi Insya- ALLAH masih lagi berbaloi dan menguntungkan pelanggan.

" Contohnya untuk set RM10 pada hari ini kita ada ikan temenung, udang kecil, cili merah dan dua jenis sayur," katanya.

Mohd Azneel menambah, jualan secara set mula ditawarkan pada jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari dan menjadi tumpuan ramai pelanggan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Mohd Azneel (tiga, kanan) bersama pekerjanya yang mengendalikan set barangan basah di pasar mini miliknya.
Mohd Azneel (tiga, kanan) bersama pekerjanya yang mengendalikan set barangan basah di pasar mini miliknya.

" Semua barangan basah ini kita guna yang segar bukan barang lama, ikan temenung contohnya saya ambil stok dari Kuala Muda atau Yan.

"Walaupun keuntungan yang diperolehi tidak setanding jualan biasa, tetapi stok barangan keluar lebih laju dan ia memudahkan saya membuat pusingan modal," katanya.

Pelanggan, Mohd Sholadin Daud, 26 dari Kampung Kubang Kuar berkata, dia gemar membeli set barang basah di kedai terbabit kerana lebih mudah dan menjimatkan.

"Mai sini cuma beritahu saja hendak set yang mana, semua sudah lengkap ada ikan, sayur kita cuma bayar saja.

"Jualan set begini juga akan membantu orang yang kurang berkemampuan menjimatkan belanja harian mereka," katanya.

Mohd Sholadin (kanan) gemar membeli di pasar mini terbabit kerana jimat dan memudahkan.urusan pembelian.
Mohd Sholadin (kanan) gemar membeli di pasar mini terbabit kerana jimat dan memudahkan.urusan pembelian.

Nur Nafiesha Anessa Yusdi, 23, berkata dia membeli set RM30 kerana tertarik melihat barangan basah yang ditawarkan.

"Dalam set RM30 ini, ada empat jenis ikan, seketul daging saiz sederhana, udang kecil, sayur dan santan.

Kalau beli kat tempat lain tak dapat harga murah macam ini.

"Saya rasa berbaloi sangat, semua barangan ini boleh dijadikan stok dua hingga tiga hari memasak di rumah saya," katanya.

Setakat ini hantaran di Facebook Selebat Zuhur mengenai set bajet barangan basah pada Ahad lalu telah mendapat 1,200 perkongsian, 570 tanda suka dan 309 komen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!