X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Laluan ke Pos Yum ditutup

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan utama menghala ke penempatan masyarakat orang asli Pos Yum di Sungai Siput. - Foto ihsan pembaca
A
A

SUNGAI SIPUT - Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok yang menghubungkan masyarakat orang asli Pos Yum, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku tanah runtuh akibat kegagalan cerun.

Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian yang berlaku pada Khamis itu membabitkan laluan sepanjang 60 meter dengan cerun sedalam 10 hingga 15 meter.

"Tindakan awal diambil dengan membina jalan sementara yang menghubungkan jalan yang telah terputus itu.

"Jentera akan masuk hari ini dan jalan sementara itu dijangka siap dalam masa satu hingga dua hari. Notis penutupan jalan telah dikeluarkan," katanya di sini pada Jumaat.

Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok ditutup kepada semua kenderaan. - Foto ihsan pembaca
Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok ditutup kepada semua kenderaan. - Foto ihsan pembaca

Menurutnya, pembinaan semula cerun di lokasi kejadian akan dijalankan berdasarkan kepada pemeriksaan forensik kegagalan cerun.

Difahamkan, penutupan jalan tersebut turut membabitkan laluan menghala ke Air Terjun Lata Penyel, di Kampung Pendeq Pos Yum.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!