Jangan ego dan sombong: Ogy Ahmad Daud

Ogy Ahmad Daud
Ogy Ahmad Daud
A
A
A

PELAKON tersohor, Fauziah Datuk Ahmad Daud hari ini meluahkan perasaan di media sosial miliknya.

Fauziah yang lebih mesra disapa Kak Ogy berkata bahawa melalui program Spotlight kendaliannya, mereka tidak mengamalkan diskriminasi.

“Kami tiada diskriminasi sebab kami nak bakat yang tulen dan kami gilap mereka

dan kami perlu mendidik semula industri yang mencetuskan sistem tanpa rupa kamu tiada hak untuk menjadi insan seni

”Yang juri tu saya nak tanya tersohor ke awak sebagai pelakon di Malaysia ni. Jangan ego dan sombong sebab kamu dapat banyak projek di stesen TV.

“ALLAH beri dan ALLAH boleh ambil balik. Tak perlu biadab keluar statement dok menghina rupa paras hamba-hamba ALLAH. Ada faham!!!,” tulis kak Ogy.

Kak Ogy turut memberi contoh pelakon Samuel L Jackson yang dikatakan tiada rupa.

”Kini beliau pelakon yang hebat dengan bayaran mahal sehingga diberi peluang untuk hired Avengers kerana beliau dinilai daripada bakat bukan rupa.

Artikel Berkaitan:

”Sebab tu kami buat Spotlight kerana Spotlight tidak memandang Rupa. 100% dinilai kerana bakat anda untuk digilap.

”Anda ada rupa tapi bakat suam-suam? Sila follow "producer itu". Anda ada bakat yang belum digilap? Sila follow OgyTV,” tulisnya lagi.

Selain itu, program Spotlight boleh diikuti di IG @ogytv, FB OGYTV.com. Langgan YouTube ogytv dan ikuti website www.ogytv.com