Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis berikutan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis berikutan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM37.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.37 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh dan 14 hari manakala dua lagi tender pasaran wang konvensional bernilai RM1.5 bilion untuk 21 dan 32 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) RM6.3 bilion untuk empat hingga 32 hari dan tender repo RM200 juta untuk 32 hari.

Bank pusat turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.9 bilion dan RM20.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Bernama

Artikel Berkaitan: