X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Tiga lagi marsyal ditahan

Sebelum ini dilaporkan polis masih mengesan empat lagi individu yang turut bertindak sebagai marsyal seperti mana dalam rakaman video yang tular.
A
A

PORT DICKSON - Tiga lagi lelaki yang bertindak sebagai pengiring atau marsyal dengan memberhentikan kenderaan awam untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong di sini ditahan polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki masing-masing berusia 27, 30 dan 48 tahun itu ditahan ketika menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada jam 3.40 petang.

"Kesemua mereka berasal dari Port Dickson dan bekerja sebagai pemandu lori.

"Turut dirampas tiga motosikal berkuasa tinggi iaitu jenis kawasaki GTR 1400CC,Harley Davidson, Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa barangan yang diguna oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan ketika rakaman dibuat," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Menurutnya, secara keseluruhan seramai lima lelaki ditahan setakat ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan beberapa individu yang bertindak sebagai marsyal dengan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di sebuah lampu isyarat di sini seperti dipaparkan dalam video tular di media sosial sejak Ahad.

Ketika kejadian, lampu isyarat jelas berwarna merah dan tindakan marsyal itu dipercayai bertujuan memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak secara konvoi bagi melepasi lampu isyarat tersebut.

Pergerakan motosikal berkuasa besar itu dari arah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke bulatan Sunggala, Telok Kemang

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari individu bertindak sebagai marsyal kawal lalu lintas

Dua marsyal ditahan, empat lagi diburu


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!