Isu PN atau MN: Pas Kedah ikut keputusan pusat

Ahmad
Ahmad
A
A
A

ALOR SETAR - Pas Kedah akur dengan sebarang keputusan Pas pusat berhubung hala tuju parti itu sama ada terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, parti di peringkat negeri akan mengikut apa sahaja yang telah diputuskan pimpinan pusat dalam menentukan kerjasama mereka.

Ahmad Yahaya berkata, sejak dahulu, peringkat negeri sememangnya akan menuruti segala keputusan pusat memandangkan ia telah selepas mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu.

"Malah, keputusan pimpinan pusat dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuklah pimpinan negeri dan pemantauan telah dilakukan untuk melihat hubungan antara Pas dengan pihak terlibat.

"Misalnya, Kedah dibentuk hasil kerjasama antara tiga parti," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas anggap Muafakat Nasional masih wujud

Wakil rakyat BN sifatkan perpecahan MN kembalikan 'solat dua imam'

Pas digesa nyata pendirian hubungan MN, PN

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu dijangka menentukan hala tuju sama ada terus bersama PN atau MN dalam tempoh terdekat.

Katanya, selama ini, keutamaan Pas adalah menekankan perpaduan, maka apa-apa pertimbangan pihak pusat untuk ke mana dan bersama siapa akan diikuti Pas Kedah.