AS nasihat rakyatnya jangan pergi ke Jerman, Denmark

Penduduk Amerika Syarikat dinasihatkan tidak pergi ke Jerman ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara itu. - Foto AFP
Penduduk Amerika Syarikat dinasihatkan tidak pergi ke Jerman ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara itu. - Foto AFP
A
A
A
WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menggesa rakyat negaranya tidak pergi ke Jerman dan Denmark ekoran kenaikan kes Covid-19 di Eropah.

Ia mengeluarkan tahap nasihat kategori keempat iaitu yang tertinggi untuk kedua-dua negara itu.

Eropah kembali menjadi penularan pandemik itu ekoran sebahagian penduduk di negara-negara di benua tersebut tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 selain disebabkan oleh penyebaran varian Delta dan suhu yang sejuk.

Di Jerman iaitu sebuah negara yang paling ramai penduduk di Eropah, hanya 68 peratus daripadanya telah menerima suntikan penuh Covid-19.

Negara tersebut telah menggesa semua golongan dewasanya untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi menghalang peningkatan penularan kes pandemik itu.
Artikel Berkaitan:


Canselor Jerman, Anglea Merkel turut memberi amaran bahawa langkah mengharamkan penduduk yang tidak mendapat vaksin daripada mengunjungi tempat-tempat awam tidak mencukupi bagi menghalang penularan Covid-19. - Agensi