Arab Saudi rancang bina bandar raya terapung di Laut Merah

Gambar ilustrasi bandar raya terapung yang dirancang dibina di Laut Merah, Arab Saudi. - Foto Neom
Gambar ilustrasi bandar raya terapung yang dirancang dibina di Laut Merah, Arab Saudi. - Foto Neom
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi merancang untuk membina bandar raya terapung di Laut Merah yang dikenali sebagai Oxagon dekat dengan sempadan Jordan dan Mesir, kata Putera Makota negara beraja itu, Putera Mohammed bin Salman dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bandar raya terapung tersebut yang mempunyai keluasannya 33 kali ganda dari bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS) itu akan dibina di Neom iaitu bandar raya baharu dan terletak di barat laut negara tersebut.

Namun, para kontraktor yang membina bandar raya itu masih tidak mendedahkan jumlah kos pembinaan dan bagaimana cara untuk menjadikan Oxagon terapung di laut.

Bandar raya itu turut mempunyai sebuah pelabuhan terapung yang berautomasi dan hab logistik bersepadu.

Projek itu dibiayai oleh dana kekayaan negara itu, Tabung Pelaburan Awam yang mana Putera Mohammed menjadi pengerusinya.

Pembinaan bandar raya Neom itu sebelum ini turut merangkumi pembinaan bulan tiruan gergasi yang akan bercahaya pada waktu malam.

Menurut portal Wall Street Journal, terdapat rancangan untuk penggunaan dron sebagai teksi, sebuah taman tema mirip zaman Jurasik yang mempunyai dinosaur robot dan restoran-restoran terbaik di dunia serta mendapat pengiktirafan Michelin di Neom. - Agensi

Artikel Berkaitan: