X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Selangor ambil tindakan segera bantu mangsa banjir kilat: MB

Datuk Seri Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan segera berhubung laporan banjir di beberapa kawasan di negeri ini pada Isnin berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau menerima laporan banjir kilat yang berlaku di sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak.

Menurutnya, agensi terlibat dalam pengurusan banjir turut dikerah untuk bersama-sama memberi bantuan kecemasan dan pemindahan mangsa banjir.

"PBT (pihak berkuasa tempatan), KDEB Waste Management (KDEBWM), Ahli Majlis, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras giat hulur bantuan kecemasan dan bantu pemindahan," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Amirudin berkata, selain itu sukarelawan Team Selangor dan Program Sukarelawan Selangor (SERVE) turut membantu bagi kerja-kerja pembersihan.

"Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa terutama ketika musim monsun dan hujan lebat kini seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Tindakan segera akan diambil bagi membantu mangsa di kawasan yang terjejas," ujar beliau.

Sinar Harian pada 17 November lalu melaporkan, sembilan daerah di Selangor berdepan risiko banjir susulan daripada taburan hujan yang dijangka meningkat pada bulan ini berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan purata hujan bagi bulan November di negeri ini adalah antara 250 hingga 370 milimeter (mm).

Menurut kenyataan itu, purata taburan hujan antara 140mm hingga 300mm turut diramalkan di Selangor sepanjang bulan Disember sehingga Mac 2022 depan menyebabkan risiko banjir dan banjir kilat di sembilan daerah di negeri ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!