Liverpool buat Arsenal terkedu di Anfield

Mane antara penyumbang gol Liverpool ketika mengatasi Arsenal di Anfield. - Foto Premier League
Mane antara penyumbang gol Liverpool ketika mengatasi Arsenal di Anfield. - Foto Premier League
A
A
A

LIVERPOOL melebarkan rekod kemenangan ke atas Arsenal di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengatasi The Gunners 4-0 dalam perlawanan di Anfield.

Sadio Mane membuka kempen gol The Reds apabila menterjemahkan sepakan percuma Trent Alexander-Arnold menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol pelawat Aaron Ramsdale pada minit ke-39 untuk mendahului babak pertama.

Ramsdale yang tampil cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya anak buah Jurgen Klopp selepas itu akhirnya sekali lagi dikecewakan kebijaksanaan Diogo Jota yang memanfaatkan kealpaan Nuno Tavares untuk gol minit ke-52.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah melebarkan lagi jurang gol apabila menyudahkan voli menarik daripada Mane pada minit ke-73, sebelum pemain gantian Takumi Minamino menterjemahkan hantaran

Alexander-Arnold dalam bentuk gol pada minit ke-77 untuk kemenangan besar tuan rumah.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 25 mata empat mata di belakang pendahulu Chelsea manakala Arsenal kelima selepas masing-masing mengharungi 12 perlawanan.

Artikel Berkaitan: