Program PTPTN Prihatin: Jelajah Simpan SSPN 2021

Penyerahan sumbangan wakalah zakat PTPTN telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang sudi hadir menerima sumbangan khas kepada pelajar-pelajar asnaf di Sabah.

A
A
A

SEBAGAI agensi pendidikan utama negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menyantuni golongan asnaf dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kewangan serta menyokong usaha kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar asnaf menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan zakat korporat.

Jelajah Simpan SSPN 2021 di negeri Perlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan wakalah zakat PTPTN daripada PTPTN kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Pada 2 Oktober lalu, PTPTN telah melancarkan Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 bersempena Hari Tabungan Sedunia. BMS 2021 telah disusun dengan pelbagai program dan aktiviti menarik di peringkat nasional dan negeri.

Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN hadir menyampaikan sumbangan kepada YB Haji Satiful Bahari Mamat, Exco Negeri Terengganu untuk pelajar-pelajar asnaf di Terengganu.

Antaranya, Program PTPTN Prihatin iaitu Jelajah Simpan SSPN 2021 untuk memastikan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan turut dibantu. PTPTN telah menyampaikan sumbangan zakat PTPTN kepada pelajar-pelajar asnaf di enam buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Perlis.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyampaikan replika cek sumbangan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM50,000 kepada Exco Negeri Kelantan.

Program CSR ini melibatkan sumbangan zakat PTPTN berjumlah lebih RM500,000 dengan kerjasama pusat zakat negeri dan agensi kerajaan di negeri-negeri terlibat.

Seramai 1,200 pelajar-pelajar asnaf di negeri Johor turut menerima sumbangan wakalah zakat dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM120,000.

Seramai lebih 5,000 penerima telah menerima sumbangan tunai dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Sesi penyampaian sumbangan wakalah zakat kepada pelajar asnaf Bait Al-Hasanah dan pelajar asnaf cemerlang SPM dan STPM 2020 di Negeri Selangor.

Sumbangan ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat akan usaha PTPTN membantu golongan memerlukan serta menyokong dalam meningkatkan pembangunan pendidikan negara.

Tidak ketinggalan, pelajar asnaf di Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor turut menerima sumbangan zakat PTPTN pada 11 Oktober 2021 lalu.