Wanita simen bekas kekasih dalam tiang

Polis menemukan mayat mangsa di sebuah vila di Senago, Itali. - Foto La Repubblica
Polis menemukan mayat mangsa di sebuah vila di Senago, Itali. - Foto La Repubblica
A
A
A

SICILY - ITALI. Seorang wanita berusia 64 tahun didakwa mengupah empat anggota mafia di Sicily untuk membunuh bekas kekasih yang mencuri barang kemas miliknya.

Lamaj Astrid,41, seorang warga Albania hilang tanpa jejak pada tahun 2013.

Enam tahun kemudian, siasatan oleh pihak pendakwaan anti mafia di wilayah Caltanissetta membawa kepada penemuan mayat Astrid yang disimen ke dalam sebuah tiang konkrit di sebuah vila di Senago.

Mayat mangsa ditemui pada bulan Januari lalu ketika vila berkenaan sedang diubah suai, namun berita mengenainya hanya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jumaat lalu.

Keempat-empat anggota mafia yang dituduh membunuh dan menyembunyikan mayat Astrid telah ditahan di Sicily dan mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah keluarga mafia berpengaruh dari Riesi, Caltanissetta.

Susulan penemuan mayat Astrid, wanita berkenaan cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Menurut sumber penyiasat, wanita terbabit tidak dapat menerima kenyataan ditinggalkan bekas kekasihnya dan masih tidak memaafkan lelaki itu kerana mencuri barang kemas miliknya.

"Wanita itu mempunyai kenalan rapat dalam keluarga mafia dan kebenaran telah diberikan oleh ketua mafia untuk melakukan pembunuhan terbabit," kata seorang komander polis kepada akhbar La Repubblica.

Artikel Berkaitan:

Seorang profesor di Universiti Palermo, Salvatore Lupo pula berkata, tindakan menyimen mayat merupakan amalan biasa mafia di Sicily, kerana apabila mayat tidak ditemui, maka siasatan polis akan terganggu.- SCMP