Cheng Hoe masih menilai pemain Harimau Malaya

Cheng Hoe memantau latihan para pemain Harimau Malaya semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun lalu. FOTO: Football Association of Malaysia. Gambar kecil: Mohd Faizal
Cheng Hoe memantau latihan para pemain Harimau Malaya semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun lalu. FOTO: Football Association of Malaysia. Gambar kecil: Mohd Faizal
A
A
A

PRESIDEN Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid menyifatkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe masih lagi dalam proses penilaian para pemain bagi mendapatkan kesebelasan terbaik menjelang kempen kelayakan Piala Asia pada pertengahan tahun depan.

Malah menurut Faizal, bekas pengendali Kedah itu masih lagi berusaha melengkapkan kesebelasan utama pasukan berdasarkan pemilihan 28 pemain bagi menjalani latihan pusat Harimau Malaya untuk saingan Piala Suzuki AFF.

"Bagi saya coach Cheng Hoe masih menilai dalam kalangan pemain baharu untuk diuji bagi mengisi slot pemain ke saingan Piala Suzuki AFF, sebab itu kita lihat terdapat beberapa nama besar tidak disenaraikan pada kejuaraan di Singapura.

"Saya percaya coach Cheng Hoe akan menggunakan dapatan di Singapura untuk membentuk kesebelasan terbaik bagi kelayakan Piala Asia yang lebih sengit," katanya.

Bagaimanapun mengulas pemilihan Guilherme de Paula, Faizal menyifatkan pengrekrutan pemain kelahiran Brazil itu bukan satu tindakan yang bijak dalam mempertajamkan bahagian penyudah Harimau Malaya.

"Saya lihat pemilihan De Paula pula tidak akan memberi sebarang keistimewaan atau impak positif kerana dia bekas pemain import yang hanya berjaya menjulang Piala Malaysia buat Selangor sahaja.

"Pada saya satu kerugian memberikan kerakyatan kepada beliau, ya mungkin terdapat tekanan untuk menyenaraikannya beraksi di Piala AFF, bagi membuktikan beliau layak menjadi pemain naturalisasi negara," katanya.

Mengenai kehadiran semula Khairul Fahmi Che Mat, Faizal berkata, kehadiran semula penjaga gol yang pernah menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010 itu kena tepat pada masanya.

Artikel Berkaitan:

"Apex sebenarnya kini berada pada prestasi terbaik bersama Melaka United di saingan Piala Malaysia, malah dia tampil cemerlang bersama pasukan dalam setiap perlawanan. Satu lagi paling penting Apex memiliki pengalaman cukup luas dalam perlawanan berintensiti tinggi sebelum ini yang sememangnya amat diperlukan bagi memantapkan benteng skuad negara," katanya.

INFO

Senarai Pemain Ke Latihan Pusat Harimau Malaya

PENJAGA GOL

Khairulazhan Khalid (Selangor FC)

Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United)

Azri Ab Ghani (Perak FC)

PERTAHANAN

Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT)

Shahrul Saad (JDT)

Rizal Ghazali (KDA FC)

Ariff Farhan Md Isa (KDA FC)

Syahmi Safari (Selangor FC)

Arif Fadzilah Abu Bakar (TFC)

Quentin Cheng (Penang FC)

Dominic Tan (Police Tero)

Junior Eldstal (Chonburi FC)

Dion Cools (Midtjylland)

TENGAH

Koligeswaran Raj (PJ City)

Kenny Pallraj (KL City)

Akram Mahinan (KL City)

Faisal Abdul Halim (TFC)

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

Mohd Fayadh Zulkifli (KDA FC)

Baddrol Bakhtiar (KDA FC)

Akhyar Rashid (JDT)

Mohamadou Sumareh (JDT)

PENYERANG

Safawi Rashid (JDT)

Syafiq Ahmad (JDT)

Guilherme de Paula (JDT)

Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC)

Darren Kok (PJ City)

Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk)

SENARAI MENUNGGU

Kalamullah Al-Hafiz Md Rowi (penjaga gol - PJ City)

Rodney Celvin Akwensivie (pertahanan - KDA FC)

Hakimi Abdullah (tengah - TFC)