X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas Perak sedia bentuk kerajaan baharu

Mesej tular di WhatsApp menyatakan Kerajaan PH Perak akan tumbang bila-bila masa.
A
A

KUALA KANGSAR - Pemuda Pas memberi bayangan bahawa gabungan dengan UMNO boleh membentuk kerajaan baharu di Perak.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihaknya bersiap untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku dalam politik negeri ketika ini.

Menurutnya, membentuk kerajaan baharu akan melibatkan pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk kedudukan Speaker.

“Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. Boleh bentuk (kerajaan negeri) tapi akan ada masalah.

Perlawanan bola sepak persahabatan ukhwah menyaksikan Pemuda Pas menewaskan Pemuda UMNO di Stadium Mini, Kuala Kangsar.
Perlawanan bola sepak persahabatan ukhwah menyaksikan Pemuda Pas menewaskan Pemuda UMNO di Stadium Mini, Kuala Kangsar.

“Bagaimanapun, kerjasama erat antara Pas dan UMNO ini adalah satu persiapan untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesej yang tular di laman sosial mengenai gabungan parti itu dengan UMNO cukup untuk mengambil alih pentadbiran negeri Perak.

Mohd Akmal ditemui ketika menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan ukhuwah antara Pemuda Pas dan UMNO yang menyaksikan Pas menang 4-1 di Stadium Mini Kuala Kangsar di sini, hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!