X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

PRN Melaka: PN tidak terganggu dengan isu keluar parti

Ahmad Samsuri
A
A

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) tidak terganggu dengan pengisytiharan keluar ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka dan menyifatkan ia sebagai perang psikologi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia tidak memberi kesan kepada PN kerana ahli yang keluar masuk parti merupakan perkara biasa setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU), PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Dalam mana-mana pilihan raya, keluar masuk parti itu adalah perang psikologi yang biasa kita terima dan saya dapat laporan ada keluar dari UMNO dan Amanah (Parti Amanah Negara) masuk parti lain.

“Ini adalah perang psikologi yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun terlibat dalam pilihan raya, jadi kita tidak terganggu dengan perkara begitu.

“Kita masuk untuk menang, semua yang masuk pun mahu menang jadi kita cubalah. Masih ada masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet) pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan ahli Bersatu yang didakwa keluar parti di Melaka menjelang PRN negeri itu pada Sabtu ini.

Ditanya tentang keputusan UMNO Terengganu yang mahu bergerak solo di negeri ini pada PRU akan datang, Ahmad Samsuri berkata, Pas berpendirian masih mahu mempertahankan Muafakat Nasional (MN) antara kedua-dua parti itu.

“Kita mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia rasa bahagia dan gembira tidak berkawan dengan orang lain, itu hak masing-masing,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!