Dah teruk sangat ni!

Jalan Persiaran Puncak Alam berhampiran Alam Jaya sering dinaiki air selepas hujan lebat.
Jalan Persiaran Puncak Alam berhampiran Alam Jaya sering dinaiki air selepas hujan lebat.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Bukan sahaja rosak dimasuki air, papan nombor plat kenderaan milik penduduk habis tercabut gara-gara laluan dilimpahi banjir kilat di Jalan Persiaran Puncak Alam.

Lebih membimbangkan, kawasan yang terjejas akibat banjir kilat sejauh lebih 100 meter itu juga gelap gelita sehingga membahayakan pengguna terutamanya penunggang motosikal.

Penduduk, Mohd Aiman Junoh, 34, berkata, banjir kilat yang melanda di laluan Puncak Alam-Alam Jaya itu kerap berlaku.

Menurutnya, jika hujan lebat sebelah petang pastinya kawasan itu akan dilimpahi air di kedua laluan dan keadaan lebih bahaya jika dilalui pada waktu malam sebab tiada lampu jalan.

2
2

"Hilux pun boleh patah balik, inikan pula kenderaan ringan. Kalau air laju, memang banyak kereta yang terkandas dan papan plat pun boleh tanggal.

"Sejak banyak projek dibangunkan di kawasan itu, makin kerap pula banjir kilat di kawasan tu dan patutnya isu ini sudah diberikan perhatian pihak berwajib.

"Jalan ni memang laluan utama nak keluar ke tempat kerja di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kalau pagi-pagi lalu dan masa tu air naik, memang bahayalah.

Artikel Berkaitan:

"Nanti banyaklah kereta beratur panjang nak lepas air tu..air bukan main laju. Jika tak lepas, terpaksa buat pusingan U dan lalu di jalan lain," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Ilyas Abd Manaf, 38, berkata, isu yang berlarutan ini perlu diberikan perhatian pihak berwajib termasuk pemaju setempat.

"Penduduk pun dah bangkitkan banyak kali isu ini malah wakil rakyat pun ada buat kenyataan dalam Facebook mengenai isu sama termasuk lawatan dah buat, tapi apa tindakan pihak berkenaan?

"Penduduk harap isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin...dibesarkan lagi parit atau ada pendekatan yang lebih konkrit," katanya kepada Sinar Harian.