X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Harga RON 95, RON97 dan diesel kekal

Harga runcit petrol bagi RON 95, RON97 dan diesel masing-masing kekal RM2.05, RM3.08 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 November.
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol bagi RON 95 dan RON97 masing-masing kekal RM2.05 dan RM3.08 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 November.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel juga kekal RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

TAG: Kementerian Kewangan, harga runcit petrol, RON95, RON97


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!