Bekas ADUN Asahan meninggal dunia

Allahyarham Abdul Ghafaar meninggal dunia di Hospital Melaka pada Rabu.
Allahyarham Abdul Ghafaar meninggal dunia di Hospital Melaka pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di hospital Melaka di sini, pada Rabu.

Allahyarham berusia 65 tahun yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan juga menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rospandi Leman yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan berita itu dan dipercayai Allahyarham meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

"Saya juga dimaklumkan arwah telah 10 hari terpaksa ditidurkan ketika menerima rawatan di Hospital Melaka," katanya.

Beliau berkata, difahamkan kesihatan Allahyarham semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka kira-kira jam 1 tengah hari dan urusan pengebumian akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kami kepimpinan UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai serta mengenang jasa Allahyarham terutama dalam UMNO Alor Gajah," katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asahan.

Artikel Berkaitan: