Mandi semburan air bomba

Aminuddin (dua, kanan) bersama Maisarah (kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan program berkhatan KPJ Seremban.
Aminuddin (dua, kanan) bersama Maisarah (kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan program berkhatan KPJ Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 52 kanak-kanak menyertai program berkhatan anjuran Hospital Pakar KPJ Seremban di sini, kelmarin.

Program yang memasuki tahun ke-11 itu, dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang ditemani isteri, Wan Hazni Wan Yusof.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban, Maisarah Omar berkata, pada kali ini pihaknya menaja 17 kanak-kanak asnaf daripada Perkasih Negeri Sembilan untuk berkhatan secara percuma.

Selain itu katanya, KPJ Seremban turut menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) untuk program berkhatan dengan anak-anak asnaf di Rembau yang dijangka akan berlangsung pada 12 Disember ini di Klinik Waqaf Rembau.

"Itu juga adalah sesi berkhatan percuma yang dianjurkan secara bersama antara Mains dan KPJ Seremban dalam membantu kanak-kanak dan waris yang kurang berkemampuan.

"Selain berkhatan kita juga menyampaikan sumbangan kepada Perkasih bagi membantu pertubuhan ini beroperasi, khususnya dalam penyediaan membeli kelengkapan sekolah bagi keluarga asnaf di negeri ini," katanya.

Kanak-kanak dimandikan dengn semburan air daripada pasukan bomba.
Kanak-kanak dimandikan dengn semburan air daripada pasukan bomba.

Beliau berkata demikian selepas program berkhatan beramai-ramai meriahkan cuti sekolah di KPJ Seremban.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Pengarah Perubatan, Prof Dr Wan Hazmy Che Hon dan Pengarah Urusan, Khairudin Ahmad.

Maisarah berkata, setiap peserta diberi baju T Shirt KPJ Seremban secara percuma sebagai simbolik berkhatan tahun ini.

"Kanak-kanak turut dimandikan dengan semburan air yang disediakan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Seremban sambil disaksikan lebih kurang 200 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga," katanya.