Jones terlepas aksi bertemu Arsenal

Curtis Jones
Curtis Jones
A
A
A

PEMAIN tengah Liverpool, Curtis Jones akan kekal diketepikan selepas mengalami kecederaan mata sebelum direhatkan.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang cedera akibat perlanggaran semasa latihan, terlepas kemenangan Liga Juara-Juara bulan ini menentang Atletico Madrid dan ketika kalah kepada West Ham United.

"Ia adalah kecederaan yang aneh dan sangat tidak bernasib baik buat Jones.

"Namun perkara penting yang perlu ditekankan ialah tiada kecederaan serius dan penglihatannya tidak akan terjejas selepas tempoh pemulihan.

"Bagaimanapun, kami perlu memberi masa untuk dia pulih dan kami tidak boleh tergesa-gesa untul menurunkan Jones," kata doktor kelab Jim Moxon.

Liverpool kini berada di tangga keempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul sebanyak 22 mata dalam 11 perlawanan.

The Kop akan bertemu melayan kunjungan Arsenal yang berada di tangga kelima di Anfield pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: