X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa, berikutan jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan untuk terus menyokong mata wang itu. Foto 123RF
A
A

RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa, berikutan jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan untuk terus menyokong mata wang itu, menurut seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1645/1680 berbanding 4.1600/1630 semasa ditutup pada Isnin.

Hong Leong Research dalam satu nota berkata, ringgit dibuka tidak banyak berubah pada 4.1620 berbanding dolar AS hari ini. oleh itu, ia "agak neutral dan mengukuh sedikit" ke atas pasangan dolar AS/ringgit pada minggu ini disebabkan jangkaan kenaikan kadar rizab termasuk sentimen pasaran yang berhati-hati yang mungkin mengekalkan kekuatan dolar AS.

"Dengan momentum negatif dalam pasangan dolar AS/ringgit berkurangan, ia mungkin mencerminkan akan ada beberapa kenaikan,” katanya.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen mencadangkan bahawa rizab negara itu tidak sewajarnya membenarkan inflasi kembali ke paras 1970-an dan ini mungkin mendorong bank pusat tersebut menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang dijangkakan iaitu menjelang 2023.

"Ini boleh menyebabkan dolar AS memasuki momentum menaik yang sangat mantap.

"Daripada sudut teknikal, jika pasangan dolar AS dan ringgit mampu memecahkan paras rintangan pada 4.1580, ia boleh meningkat kepada 4.1900 dalam beberapa hari," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britiain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6464/6497 daripada 3.6543/6569, ia naik berbanding euro kepada 4.7313/7353 daripada 4.7620/7654 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0755/0783 daripada 3.0790/0814.

Bagaimanapun, ringgit melemah berbanding pound Britain kepada 5.6050/6097 daripada 5.5794/5834. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!