Polis Kelantan tawar potongan 50 peratus bayaran saman

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi bayaran saman trafik sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bermula Isnin sehingga 30 November ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bayaran saman itu boleh dibuat di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bermula jam 8.30 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

"Bagaimanapun tawaran diskaun ini tidak tertakluk bagi kesalahan saman berstatus bicara mahkamah, kesalahan potong barisan bagi tahun 2021, melibatkan motolori, berstatus 'No Compound' dan menggunakan lorong kecemasan tahun 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, selain itu saman kesalahan di lampu isyarat dan potong garisan berkembar bagi tahun 2021 serta ubah suai ekzos tidak termasuk dalam diskaun tersebut.

Artikel Berkaitan: