X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Tular guna nombor pendaftaran 'fancy', pemilik BMW disaman

Kenderaan mewah jenis BMW yang dirakam menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dalam satu klip video yang tular di media sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dikenakan saman sebanyak RM300 susulan kenderaan mewah jenis BMW miliknya dirakam menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dalam satu klip video yang tular di media sosial.

Klip video berdurasi 11 saat itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain di sebuah laluan di ibu negara memaparkan BMW berwarna kelabu berkenaan menggunakan nombor pendaftaran 'fancy'.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, wanita tersebut hadir ke Balai Trafik Jalan Bandar untuk membantu siasatan pada 2.45 petang Isnin.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun telah membuat pengakuan bahawa kenderaan yang tular adalah miliknya.

"Saman di atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dikeluarkan dan pemandu telah menukar semula ke nombor pendaftaran yang asal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang jalan raya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!