Kenyataan PH lantik calon DAP sebagai TKM Melaka palsu

Kenyataan media palsu membabitkan persetujuan parti itu melantik wakil DAP sebagai calon Timbalan Ketua Menteri (TKM) Melaka.
Kenyataan media palsu membabitkan persetujuan parti itu melantik wakil DAP sebagai calon Timbalan Ketua Menteri (TKM) Melaka.
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) mengesahkan kenyataan media mengenai persetujuan parti itu melantik wakil DAP sebagai calon Timbalan Ketua Menteri (TKM) Melaka adalah palsu.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan perkara yang tular di media sosial itu dengan menghantar semula kenyataan media tersebut dan berpalang palsu dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

"Saya diberitahu satu kenyataan media palsu sedang diedarkan melalui Whatsapp.

Majlis Presiden tidak mengeluarkan kenyataan ini. Harap maklum," katanya.

Kenyataan palsu membabitkan calon DUN Paya Rumput.
Kenyataan palsu membabitkan calon DUN Paya Rumput.

Sementara itu, turut disahkan palsu ialah kenyataan membabitkan calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Kenyataan palsu tersebut menyatakan kemungkinan tol Ayer Keroh akan dihapuskan jika PH diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Melaka dalam PRN kali ini.

Kerusi DUN Paya Rumput menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Bebas.

Selain Shamsul, calon lain yang bertanding ialah Muhammad Faris Izwan Mazlan (PN), Datuk Rais Yasin (BN), Mohamad Hashidi Mohd Zain (Putra) dan Mohd Jaini Dimon (Bebas).

Artikel Berkaitan: