Rusuhan penjara di Ecuador, sebahagian mayat sudah dikenal pasti

 Pihak berkuasa Ecuador telah mengenal pasti identiti 34 daripada 68 banduan yang maut dalam rusuhan di Penjara Litoral, di bandar Guayaquil. Gambar hiasan
Pihak berkuasa Ecuador telah mengenal pasti identiti 34 daripada 68 banduan yang maut dalam rusuhan di Penjara Litoral, di bandar Guayaquil. Gambar hiasan
A
A
A

QUITO - Pihak berkuasa Ecuador telah mengenal pasti identiti 34 daripada 68 banduan yang maut dalam rusuhan di Penjara Litoral, di bandar Guayaquil, lapor Xinhua.

Mayat banduan itu akan dihantar kepada waris masing-masing dalam beberapa jam lagi dan usaha mengenal pasti identiti mangsa yang lain akan diteruskan.

Rusuhan itu dikatakan membabitkan kumpulan pengedar dadah, tercetus pada malam Jumaat dan pagi Sabtu yang turut menyebabkan 25 banduan cedera.

Seramai 900 anggota tentera telah ditempatkan di dalam dan kawasan sekitar penjara untuk mengawal keadaan.

Susulan insiden itu, Presiden Ecuador Guillermo Lasso turut mengadakan "crisis cabinet" pada Sabtu dan bertemu dengan pasukan penasihat antarabangsa serta wakil masyarakat sivil.

Pada 29 September, Penjara Litoral turut menyaksikan satu lagi rusuhan besar berlaku menyebabkan 118 banduan maut dan kejadian itu disifatkan paling tragis dalam sejarah negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: