PRN Melaka 'kayu ukur' penyatuan parti politik

Dr Nik Muhammad Zawawi
Dr Nik Muhammad Zawawi
A
A
A

PASIR PUTEH - Pas menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai kayu ukur kepada penyatuan politik antara parti-parti sebelum melangkah ke medan pertempuran yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu akan mengambil serius mesej yang akan diberikan oleh rakyat Melaka pada PRN 20 November nanti.

"Saya percaya rakyat akan menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh merugikan mereka nanti," katanya selepas diminta mengulas perkembangan terkini situasi kempen PRN Melaka.

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyampaikan bantuan 'one-off' kepada pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada PRN Melaka, Pas terus konsisten membawa mesej perpaduan menerusi Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, melihat kepada trend kempen ketika ini rakyat Melaka lebih selesa bersama PN.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, Pas turut menggunakan kempen tidak menghentam pihak lawan sebaliknya memberi mesej berkait dengan penyatuan rakyat.

Artikel Berkaitan: