Tidak elok cabar begitu: Noor Hariri

Gambar kecil: Noor Hariri
Gambar kecil: Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad sebagai ugutan yang tidak baik.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Muhyiddin tidak perlu bertindak sedemikian walaupun dalam keadaan beremosi.

"Tidak elok cabar begitu. Kenyataan 'saya tekan butang sekarang, kerajaan Johor jatuh' yang didakwa dikeluarkan beliau adalah amat memalukan.

"Rakyat semua tahu Muhyiddin juga bergantung kepada kerjasama antara UMNO. Beliau juga jangan lupa, UMNO yang mengangkatnya menjadi Perdana Menteri walaupun Bersatu mempunyai kerusi sedikit," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Muhyiddin sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan demikian kepada Shahir yang didakwa terlebih dahulu mencabar parti Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Mengulas lanjut, Hariri berkata, ugutan seperti itu tiada bezanya dengan kanak-kanak yang bergaduh sesama sendiri semasa bermain.

Beliau berkata, 'kayuhlah' sampan Bersatu itu ke mana sahaja mahu dibawa, tidak perlu 'mengusik' orang lain yang hanya semata-mata mahu melihat sampan Bersatu ke lokasi mana.

"Pendayung ada di tangan. Kayuhlah ke mana arah yang hendak dibawa Bersatu ini. Nanti kita sama-sama lihat sama ada kuasa rakyat yang akan benamkan pengkhianatan Bersatu terhadap mandat rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang terjadi di Melaka merupakan tindakan pengkhianat yang tentunya bukan mendapat sokongan UMNO. Kami kekal tidak akan bekerjasama dengan pelompat parti dan penuh skandal moral peribadi.

"Duduklah diam-diam, ikut sahaja arus di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang baharu ini, itu adalah lebih baik," katanya.