[VIDEO] Tidak mahu Melaka jadi pencetus kluster

Razali
Razali
A
A
A

AYER KEROH - Polis memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam di Melaka sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung adalah ditahap terbaik.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, pihaknya memberi jaminan penuh dan percaya mampu mengawal keadaan sebaiknya.

Tambahnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PRN daripada semua calon dan mereka yang terlibat ini akan dipastikan lebih terkawal.

"Kita tidak mahu PRN Melaka ini jadi pencetus kluster yang lain. Ia akan jadi sejarah dalam Covid-19.

"Bagi elak ia tercatat dalam sejarah, Polis Melaka akan terus beri penumpuan khusus pematuhan SOP," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini pada Khamis.

Jelas beliau, pihaknya menyaran calon, ahli parti agar tidak melanggar mana-mana SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

''Sama-samalah untuk menjaganya agar Melaka tidak dicatitkan dalam sejarah kluster yang baharu,'' ujarnya.

18 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka ke-15.

Artikel Berkaitan:

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula ditetapkan pada 8 November, manakala pengundian awal ialah pada 16 November.

Suruhanjaya PRN telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berhubung pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober 2021.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.