Mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan penurunan

Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih. - Foto fail/Bernama
Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin pulih. - Foto fail/Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan penurunan apabila angka itu menyusut kepada 256 orang daripada 68 keluarga setakat jam 8 malam ini daripada 287 orang daripada 79 keluarga pada pagi Khamis.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Pendang dan Kubang Pasu sehingga malam Khamis.

"Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Daerah Pendang terdapat seramai 151 orang daripada 41 keluarga iaitu 100 mangsa banjir daripada 24 keluarga berada di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah.

Manakala di PPS Dewan Cenderawasih yang berada di Daerah Pendang ini juga, ada 51 orang daripada 17 keluarga setakat jam 8 malam ini," katanya dalam satu kenyataan malam Khamis.

Mohd Muaz berkata, di Daerah Kubang Pasu pula, seramai 21 orang daripada empat keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau manakala 84 orang daripada 23 keluarga berada di SK Kampung Tradisi Lembah Keriang pada malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: