Ubi Kedah timba ilmu di Cardiff City

Dari kiri: Asri, Suhaimi dan Aminuddin
Dari kiri: Asri, Suhaimi dan Aminuddin
A
A
A

ALOR SETAR - Empat pemain muda Kedah mengikuti projek pembangunan bola sepak bersama Akademi Bolasepak Cardiff City FC bagi menimba pengalaman dan berlatih selama sebulan bersama akademi kelab tersebut.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustaffa berkata, beliau akan mengiringi delegasi 'ubi' Lang Merah tersebut yang bertolak pada 10 Mac dan dijangka pulang ke tanahair pada 10 April depan.

Menurutnya, projek khas tersebut memasuki siri kedua selepas projek sulung kerjasama antara 2 kelab ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2015.

"Seperti yang diumumkan pada bulan November tahun lepas, kami telah menamakan Penolong Jurulatih skuad Piala Presiden, Mohd Fauzi Nan, dua pemain skuad Piala Presiden iaitu Aminuddin Abu Bakar, Muhammad Suhaimie Saad serta dua orang lagi pemain skuad Liga Super Kedah, Muhammad Asri Mohamad dan Mohd Fazrul Danel Nizam bakal dihantar ke Akademi Bolasepak Cardiff City FC.

"Bagaimanapun, Mohd Fauzi terpaksa dikecualikan dari delegasi kali ini kerana sedang mengikuti pensijilan jurulatih Kelas A AFC di Wisma FAM, Kelana Jaya," katanya.

Fazrul Danel kini mempamerkan sentuhan bersama Liga Super Kedah. Foto AHMAD ZAKI OSMAN
Fazrul Danel kini mempamerkan sentuhan bersama Liga Super Kedah. Foto AHMAD ZAKI OSMAN

KFA dalam kenyataan sebelum ini berkata, acuan pelan pembangunan bola sepak yang dimulakan Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa memimpin persatuan pada musim 2014 akan menjadi modul dalam kembali membina pasukan yang ampuh bagi musim 2019

Antara individu yang menyertai kumpulan pertama ke Cardiff City empat tahun lalu adalah Victor Andrag yang merupakan Penolong Ketua Jurulatih Liga Super Kedah 2019 dan Akhyar Rashid yang kini bersama JDT.

Artikel Berkaitan: