Peminat siri The Simpsons berang

Michael Jackson pernah meminjamkan suaranya untuk episod berjudul 'Stark Raving Dad' yang disiarkan pada 1991.
Michael Jackson pernah meminjamkan suaranya untuk episod berjudul 'Stark Raving Dad' yang disiarkan pada 1991.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Peminat siri The Simpsons berang selepas penerbit rancangan tersebut menarik balik sebuah episod lama yang menggunakan suara Michael Jackson (MJ).

Episod berjudul 'Stark Raving Dad' yang disiarkan pada 1991 menampilkan MJ sebagai tetamu undangan dan sudah ditarik balik daripada sebarang siaran akan datang.

MJ meminjamkan suaranya untuk salah satu watak dalam wad psikiatri yang percaya bahawa dirinya merupakan bintang pop tersebut.

"Penerbit The Simpsons membuat keputusan terburu-buru dan hanya mendengar sebelah pihak," rungut seorang peminat di Twitter.

Perkara itu diputuskan susulan penyiaran dokumentari 'Leaving Neverland' hujung minggu lalu menerusi saluran kabel HBO.

Filem berdurasi empat jam itu mendedahkan secara terperinci kisah dua lelaki yang mendakwa MJ mendera mereka secara seksual bertahun lamanya ketika mereka masih kanak-kanak.

“Ia dirasakan satu-satunya tindakan yang perlu dibuat,” ujar James L Brooks kepada Wall Street Journal.

Wakil media bagi The Simpsons bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beberapa stesen radio di Kanada dan Belanda turut membuat keputusan untuk berhenti memainkan lagu-lagu MJ.

Tuduhan seksual itu kembali timbul hampir sedekad selepas MJ meninggal dunia kerana dakwaan salah guna dadah pada 2009. - AFP