Bapa didakwa kelar leher anak kerana tukar siaran TV

S. Krisman, 72, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengelar leher anak lelakinya selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen pada 3 November lalu.

 Foto Bernama
S. Krisman, 72, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengelar leher anak lelakinya selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen pada 3 November lalu.

 Foto Bernama
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh anaknya dengan mengelar leher lelaki itu selepas berlaku pertengkaran susulan tindakan menukar siaran televisyen, minggu lepas.

S Krisman, 72, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja putih dan berseluar pendek kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam di sini antara 11 dan 11.30 pagi 3 November lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah manakala tertuduh diwakili peguam Dr Vasu Appu. - Bernama

Artikel Berkaitan: