'Netanyahu harus dibicarakan atas kesalahan rasuah'

Benjamin Netanyahu dan isterinya, Sara. - Foto Reuters
Benjamin Netanyahu dan isterinya, Sara. - Foto Reuters
A
A
A

TEL AVIV, ISRAEL. Polis Israel mengemukakan cadangan mendakwa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan isterinya, Sara atas kesalahan penipuan dan rasuah.

Pihak polis dan Pihak Berkuasa Sekuriti Israel berkata, terdapat cukup bukti untuk mendakwa mereka atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Ia dilakukan sebagai balasan untuk mendapatkan liputan positif dalam laman berita Walla! yang dimiliki Bezeq.

"Cadangan pendakwaan telah ditentukan dan dibocorkan sebelum siasatan bermula.

"Saya pasti setelah menjalankan siasatan, pihak berkuasa akan membuat kesimpulan bahawa tiada apa yang berlaku," kata perdana menteri berusia 69 tahun itu menerusi Twitter.

Elovitch setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan. - BBC

Artikel Berkaitan: