Calon Pas boleh buat kejutan, tarik pengundi muda

Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
A
A
A

PUTRAJAYA - Lapan wakil Pas yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, kesemua calon Pas itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, dengan 15 kerusi diwakili Bersatu, Pas (lapan) dan Gerakan (lima).

Lapan kerusi yang ditandingi Pas adalah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.

“Saya optimis mereka boleh bantu Pas untuk capai kemenangan kalau tidak 100 peratus pun, sekurang-kurangnya dapat tarik pengundi muda dan buat kejutan,” kata Takiyuddin kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan ‘Product Safety Award’ 2021 di sini pada Selasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November, susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: