Pemuda PN bakal beri ‘new deal’ kepada anak muda Melaka

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan terus memberikan tawaran baharu atau ‘new deal’ kepada rakyat Melaka khususnya golongan muda dengan mengetengahkan calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketuanya, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, 43 peratus calon PN untuk PRN Melaka berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional serta berpendidikan tinggi.

“Tahniah saya ucapkan kepada lapan orang calon Pemuda PN yang telah dipilih sebagai calon PRN Melaka kali ini.

“Rekod kerajaan PN yang sentiasa prihatin rakyat adalah bukti khidmat kami kepada mereka. Buat orang Melaka,nantikan ‘new deal’ kami yang akan gegaukan Melaka,” ujarnya.

Pada Sabtu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebanyak 15 kerusi, Pas (lapan) manakala Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula sebanyak lima kerusi dengan 43 peratus calon berusia 40 tahun ke bawah.

Artikel Berkaitan: