X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Jawatan Takiyuddin, Iskandar, Muhammad Sanusi dalam Pas kekal

ISKANDAR, MUHAMMAD SANUSI dan TAKIYUDDIN
A
A

SHAH ALAM - Pas melantik dan mengekalkan khidmat Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari dan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke-67 pada Ahad.

"Pelantikan ini berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) serta persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021-2023 pula akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu turut mengekalkan Abdul Hadi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dimenangi tanpa bertanding.

Tiga penyandang Naib Presiden Pas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan jawatan itu pada Muktamar Pas kali ke-67 pada Ahad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!