Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas

SEREMBAN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyertai parti itu.
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.
"Datuk Eizlan Yusof sah jadi ahli dan bersama dengan dia pun ramai lagi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di sini pada Sabtu.
Sebelum ini media melaporkan yang Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dia bakal menyertai PN di bawah tiket Pas dan meminta menunggu pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.