Yadim didik sukarelawan jadi pendakwah

Hassanal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnad di Taman Ampangan pada Sabtu.
Hassanal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnad di Taman Ampangan pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Peserta sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) bukan sahaja membantu menggerakkan program kebajikan malah turut berperanan sebagai pendakwah dalam menyampaikan syiar Islam.

Penolong Pengarah Yadim Negeri Sembilan, Hassanal Haris berkata, selain memainkan peranan sebagai sukarelawan dalam menyantuni golongan yang memerlukan, sukarelawan Yadim turut dididik untuk menjadi Da'i dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Beliau berkata, bagi menggalakkan penyertaan dalam kalangan anak-anak muda, mereka turut menggunakan inisiatif dengan memperkenal indididu yang berpengaruh di laman sosial sebagai ikon untuk menarik lebih ramai sukarelawan untuk menyertai Yadim.

"Penyertaan sukarelawan dalam Yadim sangat diperlukan bagi membantu kita menjalankan dakwah selain bersama-sama menyantuni masyarakat yang memerlukan.

"Insya-ALLAH kita bukan sahaja nak melatih sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan tetapi kita juga mahu melatih Da'i kita yang terdiri daripada orang-orang muda sukarelawan Yadim yang akan ke kawasan pedalaman Sabah Sarawak yang mana kita latih Da'i ini untuk menyebar luas dakwah di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program penyampaian bantuan kepada asnaf sempena Bulan Dakwah 2.0 yang diadakan di Taman Ampangan dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama, Sukarelawan Selebriti Yadim, Mohamad Safwan Adenan (Awe Awesome) dan Ketua Penyelaras Sukarelawan Yadim Selebriti, Muzafar Abd Rahim.

Pada program tersebut, seramai 100 keluarga asnaf dari kawasan setempat disantuni dengan barangan keperluan asas yang disumbangkan oleh Yadim dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyFund Action.

Artikel Berkaitan: