Lelaki hilang sejak Jumaat ditemui mati

Mayat mangsa ditemui di dalam parit akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut, Beaufort.
Mayat mangsa ditemui di dalam parit akibat lemas selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati dipercayai akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut di sini .

Mayat R Kamlayswaran, 50, ditemui orang awam jam 6.50 pagi di dalam parit di tepi jalan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Dublin Patrick Rudes berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dipercayai dalam perjalanan ke arah Kuala Penyu sebelum disyaki hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit.

"Mangsa disyaki meninggal dunia di lokasi akibat lemas berdasarkan keadaannya di dalam parit berkenaan, manakala motosikalnya turut ditemui di lokasi terbabit dan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Motosikal mangsa turut ditemui di lokasi kejadian.
Motosikal mangsa turut ditemui di lokasi kejadian.

"Keadaan fizikal serta pakaian mangsa yang digambarkan dalam laporan polis dibuat oleh ahli keluarga tentang kehilangan mangsa pada 5 November lalu adalah sepadan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Dublin berkata, setakat ini tiada sebarang unsur khianat atau jenayah yang ditemui namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa juga tidak disyaki menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian Covid-19 diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.