'Kami sudah penuhi hasrat Allahyarham Adenan'

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Foto Bernama
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau dan Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah memenuhi hasrat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang mahu isu ‘pemakai Menua’ dan tanah Pulau Galau diselesaikan.

Menurut Abang Johari, Allahyarham memintanya dan Uggah berbuat demikian semasa di hospital, sehari sebelum meninggal dunia.

“Pada 10 Januari 2017, beliau memberitahu kami berdua agar selesaikan isu pemakai menua dan tanah Pulau Galau, dan pada 11 Januari 2017, beliau meninggal dunia. Kami tidak pernah menduga beliau akan ‘pergi’ secepat itu.

“Kami berdua rasa gembira kerana kami telah memenuhi hasrat Allahyarham dengan meminda Kanun Tanah (Sarawak) serta memperkenalkan ‘domain wilayah’,” katanya semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-63 Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU), di sini malam tadi.

Beliau juga menafikan dakwaan kerajaan negeri cuba merampas tanah rakyat dengan meminda kanun tanah negeri serta memperkenalkan Seksyen 6 dalam kanun itu.

“Kerajaan tidak pernah berhasrat merampas tanah rakyat,” katanya dan menjelaskan Seksyen 6 adalah bagi melakukan survei tanah komunal sebelum dikeluarkan geran mengikut Seksyen 18 kanun tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: