Luna Maya tampil berhijab tarik perhatian

No Image Caption
A
A
A

PELAKON terkenal, Luna Maya dikhabarkan sudah berhijab.

Ketika mengerjakan umrah, dapat disaksikan menerusi laman sosial Luna memuat naik beberapa gambar sebagai tatapan untuk peminatnya.

Lantas, perkara itu mendapat pujian oleh warganet yang menyukai dengan penampilan baharu yang dilihat lebih anggun dan muslimah.

No Image Caption



Terbaharu, ketika berangkat pulang ke tanah airnya, Luna juga mengenakan hijab sewaktu dalam penerbangan dihujani dengan komen dan ucapan positif.

Gambar memperlihatkan dia memandang ke luar tingkap kala terbang itu memakai hijab dipadankan kemeja berwarna biru.

Artikel Berkaitan:


Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata netizen mendoakan pelakon itu berhijrah dalam masa terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Luna dikaitkan membawa diri ke Makkah untuk mendapatkan ketenangan selepas berita mengenai pernikahan bekas kekasihnya iaitu usahawan Reino Barack dengan penyanyi Syahrini awal minggu lalu.

Pasangan berkenaan dikhabarkan telah langsungkan pernikahan di Masjid Tokyo Camii di Jepun secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat.